No one can make you feel inferior without your consent

Assalamualaikum
kebahagiaan itu pilihan diri kita, bukan orang lain yang menentukan, pernah merasai tak, suatu ketika ada saat yang benar - benar kita.biarkan apa orang sekeliling nak katakan. pilihan memang kat tangan kita, dan yang tentukan ia akan jadi dan termakbul pula ialah Tuhan, bukan kita juga.

ujian itu jalan terbaik buat ingatan kita kepadaNya, saat keselesaan menjadi hiasan diri, zon selesa adalah pilihan kita, kita memilih untuk gagal dan jatuh sebenarnya, kerana kita rasakan tiada apa yang perlu kita grab.semuanya kita ada, bukan melawan takdir atau kufur nikmat dengan apa yang ada, apatah lagi mengajar hati rasa tidak bersyukur.

Namun, rasa untuk tidak berpuas hati dengan apa yang ada itu adalah buat ingatan bagi kita agar sentiasa bersedia dengan segala kehilangan pinjaman yang sementara. Andai hari ini pergantungan kehidupan pada keluarga, mana akan kaki kita melangkah saat tiada lagi keluarga di sisi kita? Andai hari ini pergantungan pada rakan, siapa akan kita pergi untuk meminta saat diri diuji denga taburan fitnah, muflis dan kejatuhan yang mungkin tiada siapa yang memandang.

usah merasakan dunia ini tidak adil, kerana dunia diciptakan buat manusia, dan manusia diciptakan buat syurga. manakan mampu kita melangkah kehidupan yang selesa andai hari ini tidak pernah terdetik untuk merubah kehidupan yang kita lalui. tiada manusia yang tidak punya harapan untuk membina kehidupan yang lebih bermakna, hatta pengemis jalanan. Yang pasti peluang yang kita cari, ruang dan kesempatan yang kita guna.Ini analogi kehidupan,begitu juga syurga, mana mungkin kita melangkah ke dalamnya tanpa usaha.

pilih untuk bangun, pilih untuk kuat, pilih untuk tabah kerana disitu terletak bayaran yang tak mungkin kita akan lihat, kita akan temui.Adakala, keselipan dan kemalasan hanya beberapa minit kelapangan kita membawa impak yang sangat besar di kemudian hari.

Comments

Popular Posts