Kenapa manusia diciptakan ye?

Saban hari manusia semakin ramai yang mngejar kekayaan tanpa menyedari apa makna sebenar kehidupan mereka..berapa ramai yg Islam dikala siang, kemudian bertukar di kala malam..begitu juga sebaliknya.Dunia dikejar bagaikan sang kuda yang kehausan menelan air ditasik, kekayaan dirangkul bagaikan sang helang ingin menerkam semua ikan yang ada di lautan.Pernah tak kita terfikir kenapa kita dijadikan sebenarnya?






Dalam kehidupan ini tjuan kita dijadikan adalah satu sahaja. MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI.mungkin ramai yg fikir "aku bukan khalifah, khalifah tu pemimpin-peminpin je, ketua je.." SALAH SAMA SEKALI.kenapa mesti kita fikir macam tu? kita semua adalah khalifah pada masa sekarang, even dalam keluarga kita pun, walau seorang anak perempuan, mungkin kita punyai adik-adik yang perlu kita bimbing, mungkin kita punya sepupu-sepupu masih kecil yang perlu kita ajar, berikan nasihat.Dalam pejabat atau kampus, kita juga ada tangunggjawab untuk sedarkan rakan-rakan kita kerana kita adalah kalangan yang tahu.perlukah menjadi manusia yang dlahirkan sebagai anak, namun dengan adik-adiknya tidak pernah menegur kesilapan mereka, menjadi rakan namun kesalahan rakan kita agung-agungkan, menjadi ketua walau dalam apa pun yang kita pikul tapi hanya mendahulukan manusia yang dekat dengan kita, rapat dengan kita.Di mana hilangnya keadilan itu?? di mana? dah bersedia ke nak jawab dengan Tuhan nanti.kenapa perlu nak jadi MATANG bila ajal da makin hampir, bila dah tua?



Kenapa nak berubah tatkala umur dah mencecah 30-an, tatkala pada masa itu dah ade anak-anak yang tak dengar kata kita, anak-anak degil.Adakah tatkala itu baru kita sedar kesilapan kita, atau terus kita leka dengan kesilapan kita hingga bila-bila?sedangkan masa tu anak dah makin berperangai tak senonoh.Pernah dengar anadai kita bersikap tak elok sekarang, anak-anak kita nanti 10 kali ganda lebih teruk dari kita.Kalo mama dia dulu gelak boleh dengar rumah sebelah, anaknya nanti bole dengar satu kampung silap ari bulan.


Fikirkanlah baik-baik,Allah dah cakap pada kita dalam Surah Az-Zariyyat..


"Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada Ku"


cuba kita lihat betapa nikmatnya kehidupan yang Allah berikan.Dia menjadikan kehidupan kita ini seluruhnya sebagai Ibadah.Dari saat kita celik mata sehinggalah kita tidur semula semuanya adalah Ibadah..DENGAN SYARAT, niat kita kerana Allah dan mengharapkan keredhaanNya.


Beberapa cabang Ibadah dalam kehidupan kita:



  • kehidupan bersosial-hubungan dgn rakan, masyarakat, jiran-jiran (muslim & non-muslim),join program ilmiah.


  • keperluan rohani-ilmu-ilmu agama, pengetahuan umum, khusus, motivasi, amalan kerohanian.


  • keperluan fisiologi (tubuh badan)-makan, minum, tidur, bersenam, ketenangan fikiran,


  • pekerjaan


  • komitmen keluarga










Comments

Popular Posts